top of page

Kelebihan SSPN i Plus

Terdapat bukan 5 bukan 8 tetapi lebih dari 10 kelebihan yang MAMPU DIPEROLEH bukan MAMPU TENGOK bagi sesiapa yang membuka akaun SSPN i plus iaitu:

1.Simpanan dijamin kerajaan :

Kerajaan Malaysia akan menggantikan semula wang kita sekiranya organisasi SSPN-i atau PTPTN ditutup, disahkan bankrap atau mengalami kerugian. Dengan itu wang kita selamat dan tidak hangus sebegitu sahaja. Apalagi jom kita menyimpan SSPN i plus

2.Dividen kompetitif:

Untuk makluman mengikut rekod terkini pihak PTPTN dividen SSPN i plus bagi tahun 2016 adalah sebanyak 4.25%. Ini merupakan dividen bank yang TERTINGGI jika dibandingkan dengan bank-bank di Malaysia (Tidak terpakai kepada tabung haji, ASB, Public mutual dan saham-saham)

Dengan itu:

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengumumkan pemberian dividen pada tahun 2016 melibatkan peruntukan RM76.74 juta dimana dividen ini akan memberi manfaat kepada lebih 2.7 juta pendeposit SSPN-i (sumber :http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ptptn-umum-dividen-4-peratus-untuk-sspn-i-sspn-i-plus-132161)

Adakah anda salah seorang yang menerima dividen tersebut? Jika tidak rebutlah peluang ini. Jom menyimpan SSPN i plus serendah RM30.Daftar sekarang

3. Pelepasan Cukai Pendapatan

Berita baik untuk warganegara Malaysia yang membayar cukai kepada LHDN. Anda layak membuat tuntutan pelepasan Cukai LHDN dengan nilai maksima sehingga RM12,000.00 setahun.

Bagaimana boleh tuntut balik sehingga RM12k?????

Anda layak untuk menuntut pelepasan:

1.RM6,000.00 (maksima) untuk seksyen khas Tabungan SSPN-i

2.RM6,000.00 (maksima) untuk seksyen takaful dibawah insuran nyawa dan KWSP

4. Khairat Kematian

Caruman keatas akaun takaful memberikan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM2,500.00 hingga RM18,000.00 mengikut pakej. Untuk makluman khairat kematian tersebut melindungi pendeposit, pasangan dan termasuk sehingga 3 orang anak.

5. Elaun Harian Hospital

Pendeposit SSPN-i Plus akan mendapat manfaat elaun harian hospital sekiranya terpaksa warded di mana-mana hospital. Jumlah elaun harian tersebut adalah berdasarkan pelan yang diambil meliputi RM20 sehari hingga RM200 sehari.

6. Manfaat Takaful

Dengan adanya manfaat takaful ini, belanja pendidikan anak kita dapat dilindungi dengan pampasan wang ringgit sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada kita(pendeposit).Duit diperlukan untuk survival pembelajaran anak kita.Tak kan kita nak biarkan cita-cita anak-anak kita terhenti disebabkan keilatan yang kita hadapi kan??

7. Perlindungan Sehingga RM1 JUTA

Pelan Pakej Berlian memberikan manfaat sehingga RM1,000,000.00 sekiranya berlaku kematian ke atas pendeposit.

8. Tidak Perlu Pemeriksaan Kesihatan

Scara umumnya bakal perserta tidak dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan untuk melayakkan diri untuk manfaat takaful. Walau bagaimanapun perserta dikehendaki menjawab 3 soalan untuk Pakej Berlian. Sekiranya terdapat “Ya” di antara soalan tersebut, pemohon dikehendaki memilih pakej lain.

9. Serendah RM30 Sebulan

Jumlah deposit minimum bulanan adalah serendah RM30. Dengan erti kata RM1 sehari.

Susah nak simpan RM1 sehari??? letak sebiji tabung di dalam kereta...Apabila naik je kereta masukkan RM1. InsyaAllah lebih dari RM30 anda mampu simpan.

Dengan RM30 ini anda akan dicover sebanyak RM40k untuk seorang anak.Kalau dua orang anak RM80k.Siapa nak bagi duit sebanyak ni kalau apa-apa terjadi kat kita kan?

Jom kita simpan SSPN i plus jangan tunggu-tunggu lagi.

10. Layak Memohon Pinjaman PTPTN

Untuk makluman pihak PTPTN telah menetapkan syarat bahawa pembukaan akaun SSPN is a MUST bagi melayakkan anak kita mendapat pinjaman pendidikan.

11. Cabutan SSPN-i

Setiap deposit RM50 melayakkan untuk satu cabutan SSPN-i Plus. Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah Toyota Vios TRD Sportivo, Honda Jazz, Proton Perdana dan wang tunai

FEATURED POSTS

No tags yet.

TAGS

bottom of page